welcome

Girls & Period

Gadis Dan Period

Aduh gawat jadinya apabila ada perubahan pada diri wanita setiap bulan. Mari kita terjah masalah ini..

Perubahan tubuh badan wanita bergantung kepada diri masing-masing. Kemudian setiap bulan pastinya ada masalah baru mendatang yang meragukan wanita. Selain payudara sakit, bulan berikutnya pinggul pula rasa lenguh seminggu dua sebelum period, kadang-kadang period datang tanpa ada kesakitan. Selepas itu barulah wanita dihinggapi senggugut pula. Dalam tempoh itu juga hidung anda tidak selesa dengan bau badan tubuh sendiri.. bau hamis…hmm.. ok.. ada 1000 macam lagi kerenah orang didatangi period ini. Al kisahnya…………….

Mengapa period berlaku?

Wanita punya organ kecil bernama ovari terletak di bahagian rendah disisi abdomen. Ia terletak di uterus atau rahim dan ovari menghasilkan hormon wanita. Tatkala gadis sudah akil baligh (dah matang) maka period akan menyeliputi rahim dengan darah pada setiap bulan. Tempoh mula period hingga ke tarikh period seterusnya dipanggil kitaran haid. Tempoh kitaran haid mencapai 28 hari.

Apa terjadi pada hari period?

Beberapa hari setiap bulan, wanita akan kehilangan darah yang mengalir melalui vagina. Jumlah kehilangan darah berbeza pada setiap kali period, berbeza juga pada setiap individu. Kebiasaanya darah hilang sebanyak 20 hingga 60 ml. itu paling normal. Period normal hingga lapan hari sahaja dan banyak pada dua hari terawal. Mungkin ada sakit pada bahagian bawah abdomen dan itu perkara biasa yang digelar senggugut. Usah takut menghadapi period kerana ia tidak sewajarnya menghalang aktiviti harian kamu. Just be enjoy!!

Adakah pantang larang ketika period?

Tiada sebenarnya tetapi elakkan minum atau makanan yang sejuk, ianya akan menyebabkan kesakitan senggugut yang melampau. Jalanilah kehidupan seperti biasa. Hadirnya period bukan kotor, tetapi satu keadaan normal pada wanita. Period juga menjadi sebahagian daripada diri wanita sebab itu ia digelar “best friend”.

Intai-intai

Secubit Petua Hari Ini

Kekalkan kecantikan secara semula jadi dengan unsure-unsur tradisional.

Menghilangkan bau mulut

Mulut berbau disebabkan oleh bacteria didalam mulut atau perut yang dibiarkan kosong dalam masa yang agak lama. Untuk mereka yang menhadapi masalah ini, ambil 10 kuntuk bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih lalu ditumbuk lumut. Gosokkan ia pada gigi anda dan berkumurlah sehingga bersih. Lakukan tiga kali sehari, kamu akan dapati, mulut kamu berbau harum. Just do it!!

Hilangkan Bau Badan

Adalah perkara lazim wanita berdepan dengan masalah bau badan yang kurang enak. Masalah yang dihadapi oleh kaum wanita ini boleh diatasi dengan mengamalkan memakan daun temangi sebagai ulam. Hasilnya… hmmm.. wanginya….nanti ada jer yang follow.. I follow!!

Ohoi!! Si Buncit

Bagi member2 yang ada masalah perut buncit akibat menjamah terlalu banyak menjamu selera dengan berlebihan, bolehlah mencuba petua ini: Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah diperah jusnya. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul sehingga sebati. Amalkan sapu dikeliling perut sebelum masuk tidur dan biarkan kering hingga pagi. Bangun pagi kang janganlah lupa nak cuci ye..

Menghilangkan lebam di bibir

(special buat si perokok)

Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam dibibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air daripada halia tadi. Amalkan menyapunya kebibir setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ia kering sendiri. Untuk melembapkan bibir juga, ambil madu dan sapukanlah pada bibir setiap malam. Anda akan mendapati my lips like sugar.. ahak…

Tak salah jika anda mencuba………. selamat mencuba!!

7 dont's after a meal
* Don't smoke-
Experiment from experts proves that smoking a cigarette after meal is comparable to smoking cigarettes (chances of cancer is higher).
* Don't eat fruits immediately - Immediately eating fruits after meals will cause stomach to be bloated with air. Therefore take fruit 1-2 hr after meal or 1hr before meal.
* Don't drink tea - Because tea leaves contain a high content of acid.This substance will cause the Protein content in the food we consume to be hardened thus difficult to digest.
* Don't loosen your belt - Loosening the belt after a meal will easily cause the intestine to be twisted &blocked.
* Don't bathe - Bathing will cause the increase of blood flow to the hands, legs & body thus the amount of blood around the stomach will therefore decrease. This will weaken the digestive system in our stomach.
* Don't walk about - People always say that after a meal walk a hundred steps and you will live till 99. In actual fact this is not true. Walking will cause the digestive system to be unable to absorb the nutrition from the food we intake.
* Don't sleep immediately - The food we intake will not be able to digest properly. Thus will lead to gastric & infection in our intestine.

Tentang itu

Melihat awan biru Gerhana sepertika lalu dipanggil seru Ia datang tinggal tiada kata.
Pelangi indah menyinari pagi
Hilangnya sekelip mata
Datangnya seri tinggalnya pergi
Dilitupi kabus menitis Embun
Kembalinya disisi
Menghidupkan taman ini
Cahaya indah menyinari
Hilangnya embun gantinya matahari